lagu

Tuesday 26 May 2015

“Memori bersamamu”


Ibu, aku masih ingat segala-galanya tentang dirimu

suaramu, senyumanmu dan setiap sentuhanmu masih segar di kotak fikiranku

cara engkau berjalan, cara engkau bercakap

cara engkau memandangku, semuanya amat bermakna dalam sanubariku.



Ibu, aku masih ingat semua perkataan yang telah engkau ungkapkan kepadaku

ada lucu, ada sedih, yang bisa membuatkan aku terharu

semua pengorbanan yang telah engkau lakukan untuk anak-anakmu

Kini aku melihatnya dengan kaca mata yang berbeza.



Ibu, aku masih ingat setiap detik waktu aku bersamamu

seolah-olah seperti baru semalam ia berlaku

hakikatnya kini sudah tujuh tahun semua itu berlalu

yang mana amat sukar untuk aku lupakan hingga ke nafas terakhirku.



Kini, engkau telah pergi bertemu Ilahi

tapi, hanya satu yang tidak akan pergi dariku

iaitu memori yang telah engkau tinggalkan disetiap penjuru hidupku

bak cahaya yang sentiasa menerangi hari-hari indahku

semoga kasih sayangmu Ibu sampai ke syurga.

No comments:

Post a Comment