lagu

Friday 22 May 2015

"DIARI : DUKA SEMALAM"


-16 Mei 2014/16 Rejab 1435H-
Dapat berita abah masuk hospital. Hati ini mula terdetik sesuatu dan perasaan mula gelisah. Risau dengan keadaan abah. 

-17 Mei 2014/17 Rejab 1435H- 
Hati tergerak nak balik kampung untuk jenguk abah di hospital. Sepanjang perjalanan dalam bas air mata sentiasa mengalir tanpa menghiraukan orang di sebelah aku yang mesti tertanya-tanya kenapa atau apa yang terjadi dengan aku? Fikiran mula fikir negatif takut apa-apa jadi kat abah. Pukul 4.00 petang sampai di stesen bas Sungai Petani, Pak Ndak a.k.a abang kandung datang ambil dan terus pergi hospital. Masa di hospital disaat berhadapan dengan abah air mata ini tak dapat dibendung lagi mengalir dan terus mengalir tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dalam wad, walaupun abah masih boleh bercakap dan makan. Surah Yasin sentiasa di bibir. Masuk ruang solat untuk sembahyang asar dan baca surah Yasin sambil menangis. Di hospital aku dapat melihat pelbagai ragam manusia lain. Ada seorang kakak yang duduk di sebelah aku, dia pun baca surah Yasin sambil  menangis, mungkin dia pun senasib dengan aku mendoakan kesihatan orang yang paling dicintai. Aku, Kak Ken dan Abang Min pulang ke rumah sebab Pak Ndak tunggu/jaga abah kat hospital. Kami pulang dengan harapan abah cepat sembuh seperti selalu.

-18 Mei 2014/18 Rejab1435H-
Keadaan abah mula tak stabil. Pukul 4.00 pagi Pak Ndak telefon suruh berdoa dan baca surah Yasin untuk abah. Pukul 8.00 pagi kami pergi hospital tengok abah sudah mula tidak bercakap, tidak makan dan hanya memandang ke hadapan. Air mata tak dapat dibendung lagi. Dengan melihat tindakan doktor yang mencemaskan membuatkan aku lagi takut untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Mata abah sudah mula nak pejam. Abah dipindahkan ke katil lain. Aku tak boleh berhadapan dengan situasi abah masa ni, pedih, sedih, takut semua ada. Sungguh, selama 25 tahun aku hidup, ini adalah ujian ke dua paling berat selepas mak 'pergi' tujuh tahun dahulu. Emosi sangat terganggu pada masa ini. Aku terus  pergi ke ruang solat dan solat hajat, doa aku semoga Allah permudahkan segalanya. Seandainya sudah tiba masa, doa aku biar Allah ambil abah dengan tenang. Surah Yasin tak pernah putus dari kami adik-beradik. Aku telefon sahabat baikku Tati untuk ceritakan saat-saat sukar yang aku alami. Aku tak dapat keluarkan kata-kata, yang dia hanya dengar adalah suara tangisanku. Selepas bermunajat kepada Yang Maha Kuasa, hati mula tenang. Doktor bagitahu nak masukkan abah dalam ICU. Aku reda andai hari ini masanya. Pukul 8.00  malam dalam perjalanan nak pulang ke rumah Abang aku telefon bagitahu yang doktor suruh kami patah balik pergi hospital, ada sesuatu yang nak dibincangkan. Hati dah mula tak tenteram. Sampai di hospital kami adik-beradik masuk dalam ruang menunggu di bilik ICU. Doktor cakap abah hanya bergantung dengan mesin. Doktor mencadangkan untuk buat CPR ataupun untuk teruskan dengan mesin. Walaupun buat CPR, peluang amat tipis sebab faktor usia abahku dan kondisi badannya yang lemah. Kami adik-beradik berbincang dan buat keputusan untuk teruskan dengan mesin sebab kesian dengan keadaan abah. Andai sudah tiba masanya kami reda. Kami cadang nak bermalam di hospital. Jadi aku dan Pak Ndak balik nak ambil barang keperluan. Di rumah, selepas aku kemas barang-barang dan masukkan dalam beg, aku dan Pak Ndak bergerak semula untuk ke hospital. Semasa dalam kereta, Pak Ndak bagi tahu abah dah tak ada pada pukul 11.50 malam tadi. Reaksi aku pada masa itu, aku diam seketika dan rasa nak menangis tapi setitis air mata pun tak keluar. Aku reda dengan takdir Allah. Aku orang yang terakhir sekali diberitahu. Sebenarnya, semasa aku tengah kalut kemas barang dalam rumah, Kak Ken dan Abang aku yang tunggu abah di  hospital telah menelefon Pak Ndak dan menyatakan bahawa abah sudah tiada. 2 minggu sebelum aku menghadapi 'final exam' abah pergi buat selamanya. 

-19 Mei 2014/19 Rejab 1435H-
 Duka semalam telah membuatkan hati aku lebih kuat dan sabar untuk teruskan kehidupan. Kawan-kawan aku datang untuk berikan semangat (Zila, Sara, Naza, Dayah, Nassha). Terima kasih sebab datang.  Suatu masa dahulu aku pernah terfikir apakah aku akan jadi gila selepas abah dan mak tiada lagi di dunia ini. Syukur Alhamdulillah diri  ini masih ada iman dan agama untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Allah sentiasa ada dengan aku, dengar rintihan doa-doa aku dan aku yakin dengan Qada dan Qadar Allah, semua ini telah tersurat untuk aku. Ujian dari Allah mematangkan diri aku untuk aku terus melangkah di atas Bumi-Nya ini. 



p/s : Terima kasih sebab sudi singgah blog yang tak seberapa ni..... :)
        ~Setiap yang bernyawa pasti akan mati~













2 comments:

  1. Banyakan bersabar dan berdoa kirah.Itu je yang mampu aku katakan.Aku tak berada di situasi ang,jadi aku tak boleh rasa apa yang ang rasa.Kehilangan orang yang kita sayang dalam hidup,seawal ang masih di usia yg muda.Cemburu melihat keluarga lain.Aku memahami.Tapi pesan ku kirah,Allah ambil orang-orang yang ang sayang,namun Allah ganti sesuatu yang berharga nanti.InsyaAllah.Percayalah kirah,kita diberikan ujian dengan cara yang berbeza namun dihujung kesudahan ada sesuatu yang menanti. I love you. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. ujian ini mematangkan diri aku dan akan teruskan kehidupan macam biasa... :)

      Delete